Profil

MISI KAB

Martabatkan Nilai & Prinsip Korporat berdasarkan Akta, Peraturan & Garis-Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

VISI KAB

Kesejahteraan Sosial & Kepentingan Anggota (pemegang syer) dengan pengukuhan organisasi & cakna dengan masyarakat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

MOTTO KAB

Ujana Ekonomi Komuniti

RINGKASAN EKSEKUTIF

Mesyuarat Agung Penubuhan (MAP) Sabtu 1 Oktober 2016 diadakan di Dewan Nik Mahyuddin Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK), dirasmikan oleh Dato Johan Abdul Aziz (ADUN Semenyih).

KAB yang berkonsep PERKHIDMATAN mensasarkan Keanggotaan Koperasi dari kalangan Ibu Bapa, Guru, Pembekal Kelengkapan Sekolah & Ahli PIBG (sekolah rendah & menegah) di kawasan operasi koperasi.

Bermula dari Tarikh Daftar Koperasi di bawah AKTA Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 5 Disember 2016; Aktiviti KAB termaktub di dalam Undang-Undang Kecil Koperasi, merujuk Kelulusan SKM 16 Ogos 2016 (SKM/SEL/6/09 JLD 90/(30)):

1. Pemasaran Kelengkapan Sekolah secara pukal.

2. Kursus, Latihan & Seminar Kecermerlangan Pelajar.

3. Penganjur acara & program promosi.

 

RINGKASAN PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN

 

ACARA & PROMOSI

1. Majilis Khatan Perdana anak-anak yatim & B40 di kawasan Hulu Langat.

2. Program kembali ke sekolah tahun 2017, 2018, 2019.

3. Perkhidmatan sewaan bas kepada para pelajar untuk aktiviti sukan & kokurikulum.

 

KURSUS / LATIHAN / SEMINAR KECERMERLANGAN PELAJAR

1. Program KSIB di Asrama SMAPK, November/Disember 2017 & 2018.

2. Program Nasyid di SMAPK, November 2018.

3. Program Pelajar Cemerlang 2017 / 2018 / 2019.

4. Program Balik Kampung pelajar sekolah berasrama bersama Syarikat Bas Darul Naim & SMAPK (2016 / 2017 / 2018 / 2019).

 

PEMASARAN KELENGKAPAN SEKOLAH

1. Kerjasama dengan Mysutera Sdn Bhd (Program Balik Sekolah) Sekolah Rendah Kantan Permai 2017/2018.

2. Membekalkan Kertas A4 secara pukal ke Sekolah & PIBG di kawasan Hulu Langat (SMKBBB/SENADA/SMAPK).

3. Membekalkan tudung sekolah kepada pelajar Sekolah di Hulu Langat (2018 / 2019 / 2020).

4. Membekalkan kepada sekolah-sekolah di luar kawasan Hulu Langat & bermula 2018 ke Seluruh Malaysia melalui Perkhidmatan LAZADA & Shopee (2020 & 2021).

 

SEJARAH & PERMULAAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Di peringkat permulaan, operasi perniagaan dijalankan dari rumah. Tahun 2018, KAB berpindah & menyewa pejabat beralamat di 19-1-2, JALAN 6/7B, SEKSYEN 6, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.

Telephone: +60389129948

e-mail: enrichhouse72@gmail.com

1. Tahun 2017; Membekalkan pakaian sekolah dengan kerjasama My Sejahtera Sdn Bhd (pemilik barangan canggih dan juga alat tulis)

2. Tahun 2018/2019; Memulakan aktiviti menjahit tudung sekolah untuk pelajar sekolah agama secara kecil-kecilan.

3. Tahun 2020; Membeli dua unit mesin jahit (tambahan) bagi menampung permintaan dari kalangan ibubapa di kawasan Hulu Langat termasuk beberapa daerah di Selangor.

4. Tahun 2021 & Ke Hadapan; KAB menambah-baik transaksi sedia-ada berdasarkan permintaan dari segi kuantiti & variance produk.

Penularan Penyakit Berjangkit & Perintah Kawalan Pergerakan telah menghadkan pergerakan/aktiviti. KAB menukar strategi perniagaan melalui Perkhidmatan LAZADA & Shopee bagi memenuhi permintaan & jualan (atas talian). Promosi secara berkala dilakukan.

 

RANCANGAN MASA HADAPAN

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-2, 31 Mac 2021 memutuskan untuk memohon “Bantuan Pembangunan SKM” bagi mengembangkan perniagaan. KAB mengorak langkah menjadi Pusat Membekalkan Kelengkapan Sekolah kepada Anak-Anak Sekolah Menegah di Seluruh Malaysia.

Antara Produk Tambahan (termasuk yang sedia-ada dalam senarai);

1. Tudung Labuh Sekolah Agama (produk sedia-ada)

2. Tudung Sekolah Biasa

3. Baju Muslimah

4. Jubah Muslimah

5. Sarong Tangan

6. Tudung Kepala (inner cap)

7. Blouse Muslimah

8. Pakaian Koko

9. Jahitan Sulaman & Tanda Nama serta Lencana

10. Lain-Lain Perkhidmatan (seperti permintaan pasaran)

 

KAB mendokumenkan ‘Permohonan Bantuan Pembangunan SKM’ bagi memberikan perkhidmatan jualan & perbekalan yang lebih efektif & konsisten.

MAT juga meluluskan Pelan Jangka-Sederhana bagi mendepani kesan pandemik;

1. Melantik Anggota Lembaga yang berwibawa, professional & dinamik.

2. Perniagaan Francais bagi mengurangkan risiko perniagaan.

3. Perniagaan Berunsur Perkhidmatan sebagai asas utama.

4. Menyusun Organisasi bagi medepani cabaran pasca pandemik.

5. Pengkorporatan Pengurusan Induk Koperasi.

SIJIL PENDAFTARAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

ANGKASA

Untuk Maklumat Lanjut

HUBUNGI KAMI

taliAn pertanyaan